Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pelawat blog ini..
Alhamdulillah gembira untuk berkongsi cerita dan info berkaitan bola sepak dengan para pengunjung semua. Sebenarnya saya membina blog ini sekadar mengisi masa lapang dan berkongsi minat saya tentang bola sepak bersama sesiapa sahaja yang berminat. Sebagai peminat bola sepak elok sangatlah kalau saya turut sama memeriahkan perkembangan bola sepak yang sentiasa digilai oleh semua makhluk di bumi ini tak kira lelaki atau perempuan.
Maklum sajalah sekarang ini orang perempuan pun boleh mengulas pasal bola lebih daripada orang lelaki. Tak kena buat kaum hawa ni lebih expert lagi mengulas, sebab ramai juga kaum Adam yang tak minat dan tak ambil tahu pun pasal bola. Terutama sekali di kalangan mereka yang menceburi bidang e-biz atau perniagaan secara online.
Tak kisahlah, masing-masing ada cita rasa dan minat tersendiri. Takkan nak sama semuanya. Saya sendiri pun sekadar minat saja, dah lama tak main. Kalau turun padang sekarang ini alamaknya macam kaki bangkulah. Orang perempuan lagi pandai main.
Selain berkongsi cerita pasal bola saya juga bercadang hendak menghimpunkan blog-blog bola sepak yang ada di negara kita ini. Itu pun kalau ada mereka yang sudi bagi info kepada saya. Kalau nak cari kat internet rasanya jenuhlah nak cari. Mungkin boleh senaraikan sedikit-sedikit. Jadi kalau ada sesiapa yang buat blog pasal bola sepak tu sudilah berkongsi link ye.
Saya rasa cukuplah mukadimah blog saya ni. Kebetulan pagi tadi ada perlawanan hebat aksi final bola sepak Liga Juara-Juara Eropah. Saya pun ingat nak bercerita sikit tentang perlawanan itu. Setakat inilah dulu coretan pendahuluan saya. Terima kasih kepada yang sudi singgah di sini.
Salam kenalan dari saya.
Recent Comments