Saya percaya dah tentu ramai kaki bola yang berjaga awal pagi tadi. Maklumlah pertemuan kemuncak Liga Juara-Juara Eropah musim ini. Ringkas ceritanya perlawanan penutup tirai untuk musim 2007/08. Tambahan pula perlawanan berkenaan menemukan dua kelab terbaik Liga Perdana Inggeris atau EPL. Satu kelab berada di tangga pertama atau bahasa mudahnya juara EPL, manakala satu lagi berada di nombor dua atau naib juara.
Beza mata dalam liga antara keduanya pun hanya dua mata sahaja, tidak sebagaimana musim lepas. Kedua-dua kelab bersaing hebat hingga ke perlawanan terakhir sebelum Manchester United akhirnya dinobat sebagai juara EPL manakala Chelsea terpaksa berpuashati sebagai naib juara untuk musim kedua berturut-turut.
Sebab itulah ramai menjangkakan perlawanan akhir Liga Juara-Juara bakal berlangsung sengit. Sudah tentu Chelsea tidak mahu terus kempunan tanpa sebarang gelaran musim ini. Alang-alang sampai ke final biar tentu berjuang sampai titisan peluh terakhir. Ini adalah final ketiga Manchester United di pentas Eropah, sebaliknya Chelsea ini kali pertama mereka mara ke perlawanan akhir.
Menyaksikan perlawanan pagi tadi memang berbaloi juga walaupun kalau nak kira saya rasa lebih hebat perlawanan antara keduanya dalam EPL di Stamford Bridge pada 26 April lalu. Chelsea menang perlawanan berkenaan 2-1 menerusi kedua-dua gol sumbangan Michael Ballack.
Bagaimanapun kali ini Chelsea ternyata tidak bernasib baik. Hakikatnya peluang Chelsea untuk menang perlawanan itu lebih cerah berbanding Manchester United. Tapi itulah hakikat bola sepak. Anda tidak boleh menjadi juara jika sekadar bermain bagus tetapi tidak mampu menjaringkan gol (Arsene Wenger tentu bersetuju dengan pendapat ini).
Ballack sekali lagi memainkan peranan utama dalam perlawanan pagi tadi. Beliau banyak memberi sumbangan dari bahagian tengah terutama pada babak kedua. Bagaimanapun kegagalan menjaringkan gol ternyata membawa padah kepada The Blues. Rasanya tak perlulah saya mengulas panjang lebar tentang perlawanan berkenaan.
Anda boleh menjenguk beberapa blog yang memberi ulasan lebih menarik jika ingin mengetahui suasana perlawanan akhir tersebut. Kalau malas nak merayau kena tunggu surat khabar pagi esoklah baru keluar laporannya.
Saya sempat merayau-rayau beberapa blog yang membuat ulasan perlawanan tersebut. Jika anda mahu bolehlah ke blog berikut: arena bola sepak, berita bola (menarik blog ini, banyak info terkini), borak man utd, bola cyber dan mungkin banyak lagi blog lain yang saya tak jumpa.
Dah selesai Liga Juara-Juara bermakna tamatlah bola sepak Eropah musim ini. Sebelum bermula musim baru EURO 2008 bakal menjelma. Hmm, kena berjaga pulalah gamaknya.
May 22nd, 2008 at 10:29 pm
thank you untuk linkback…
May 23rd, 2008 at 9:11 am
sama-sama bro.. tq mari jenguk sini
May 24th, 2008 at 9:53 pm
setuju ngan saudara..Chelsea lbh berpeluang meraih kemenangan namun nasib mmg tak menyebelahi mrk..
May 25th, 2008 at 7:55 pm
welcome kooreen79.. anda ni memang hebat main ye
bukan menulis saja.. elok tu baru syok nak buat ulasan ye tak? saya ni dah lama tak main bola. Gamaknya kalau lawan pompuan pun kena gelecek kat depa tu isy malu! malu! 