Saya percaya dah tentu ramai kaki bola yang berjaga awal pagi tadi. Maklumlah pertemuan kemuncak Liga Juara-Juara Eropah musim ini. Ringkas ceritanya perlawanan penutup tirai untuk musim 2007/08. Tambahan pula perlawanan berkenaan menemukan dua kelab terbaik Liga Perdana Inggeris atau EPL. Satu kelab berada di tangga pertama atau bahasa mudahnya juara EPL, manakala satu lagi berada di nombor dua atau naib juara.
Beza mata dalam liga antara keduanya pun hanya dua mata sahaja, tidak sebagaimana musim lepas. Kedua-dua kelab bersaing hebat hingga ke perlawanan terakhir sebelum Manchester United akhirnya dinobat sebagai juara EPL manakala Chelsea terpaksa berpuashati sebagai naib juara untuk musim kedua berturut-turut. Read the rest of this entry »
Recent Comments