Syabas buat peminat Manchester United

Liga Juara Eropah, Manchester United No Comments »

JUARA LAGI.. Manchester United membuktikan mereka sebagai kelab terbaik waktu apabila menjuarai Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Perdana Inggeris

Nampaknya demam Liga Juara-Juara masih belum kebah lagi di kalangan para peminat bola, terutama sekali mereka yang menjadi penyokong sang juara (Manchester United). Walau apa pun syabas diucapkan kepada Manchester United dan penyokong setia mereka.

Menang tetap menang. Ini bukan macam satu iklan kat televisyen, “anda mampu mengubahnya”. Keputusan mana boleh diubah lagi. Jadi kepada peminat-peminat Chelsea atau The Blues tu banyak-banyaklah bersabar. Tak siapa menafikan anda memang bermain hebat. Tapi itulah adat bertanding. Pemenang hanya satu sahaja. Read the rest of this entry »

Liga Juara Eropah: Chelsea tiada nasib

Liga Juara Eropah 4 Comments »

Saya percaya dah tentu ramai kaki bola yang berjaga awal pagi tadi. Maklumlah pertemuan kemuncak Liga Juara-Juara Eropah musim ini. Ringkas ceritanya perlawanan penutup tirai untuk musim 2007/08. Tambahan pula perlawanan berkenaan menemukan dua kelab terbaik Liga Perdana Inggeris atau EPL. Satu kelab berada di tangga pertama atau bahasa mudahnya juara EPL, manakala satu lagi berada di nombor dua atau naib juara.

Beza mata dalam liga antara keduanya pun hanya dua mata sahaja, tidak sebagaimana musim lepas. Kedua-dua kelab bersaing hebat hingga ke perlawanan terakhir sebelum Manchester United akhirnya dinobat sebagai juara EPL manakala Chelsea terpaksa berpuashati sebagai naib juara untuk musim kedua berturut-turut. Read the rest of this entry »

Salam semua..

Umum No Comments »

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pelawat blog ini..

Alhamdulillah gembira untuk berkongsi cerita dan info berkaitan bola sepak dengan para pengunjung semua. Sebenarnya saya membina blog ini sekadar mengisi masa lapang dan berkongsi minat saya tentang bola sepak bersama sesiapa sahaja yang berminat. Sebagai peminat bola sepak elok sangatlah kalau saya turut sama memeriahkan perkembangan bola sepak yang sentiasa digilai oleh semua makhluk di bumi ini tak kira lelaki atau perempuan.

Maklum sajalah sekarang ini orang perempuan pun boleh mengulas pasal bola lebih daripada orang lelaki. Tak kena buat kaum hawa ni lebih expert lagi mengulas, sebab ramai juga kaum Adam yang tak minat dan tak ambil tahu pun pasal bola. Terutama sekali di kalangan mereka yang menceburi bidang e-biz atau perniagaan secara online. Read the rest of this entry »

Host by BlogMas - Theme by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in